Pages

Friday, February 11, 2011

Kubawa Hati Ini

Kubawa Hati Ini
Elis Mokhtar


Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-646-7
Halaman: ~464
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 19 Jan 2011
Kategori: Novel


Sinopsis

Sememangnya bukan mudah untuk mendirikan mahligai impian, apatah lagi untuk memanjangkan usia kerukunannya. Walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai pilihan, namun kita tetap tersalah pilih. Tidak semestinya lelaki yang kita cintai mampu membahagiakan.

Perkahwinan antara dua benua, berbeza bangsa, adat dan agama benar-benar mencabar kesabarannya. Namun demi sebuah cinta yang diagung-agungkan, dia rela terima segala dugaan dengan tabah. Perkampungan permai ini harus dipertahankan kedamaiannya!


Tetapi, setelah begitu lama hidup bersama... mengapa diri ini mula goyah? Hati mula menjadi tawar dan rasa cinta hilang entah ke mana. Hinggalah satu malam, dia nekad membuat keputusan. Semua ini harus ditinggalkan. Dia ingin terbang bebas bak camar, pergi... tanpa perlu menoleh lagi. “Ya ALLAH... berdosakah aku? Benarkah apa yang telah aku putuskan ini? Atau, siapakah yang selayaknya berada di hati?”

Astana Kasih

Astana Kasih
Hashim Salleh

Harga: RM 16.00
ISBN: 978-983-124-650-4
Halaman: ~400
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 320 gram
Tarikh Terbit: 13 Jan 2011
Kategori: Novel


Sinopsis

Astana Kasih... vila yang dibina oleh Tuan John di tengah-tengah ladang getah miliknya. Kerana sebuah peristiwa yang menggerunkan, dia kembali ke tanah airnya di London. Vila itu dan seluruh ladang diserah kepada Pak Murad suami isteri. Selama bertahun-tahun, Rusdi sebagai anak sulung Pak Murad menguruskan ladang itu. Suatu hari, dia hampir ditimpa kemalangan kerana brek Land Rover yang digunakan untuk melawat ladang tidak berfungsi. Hatinya kuat mengatakan ada seseorang mahu mensabotajnya.

Semakin menjadi tanda tanya apabila di dalam vila, dia beberapa kali ternampak lembaga hitam menyelinap masuk dan kemudian hilang begitu saja. Malah, kedatangan anak Tuan John iaitu Karen dan Michael di vila secara tiba-tiba menjadi teka-teki. Pak Murad yang tahu segala-galanya hanya mengunci mulut. Dia mahu rahsia dan misteri itu terbongkar dengan sendiri. Kerana dia amat pasti, ada hikmah atas segala apa yang terjadi.

Cintamu Nadiku

Cintamu Nadiku
Norzailina Nordin

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-638-2
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 14 Jan 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

Ada banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai. Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?

Jangan Bilang Benci

Jangan Bilang Benci
Muna Mahira

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-631-3
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 27 Jan 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

Benci! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?


Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

Bingkisan Semalam

Bingkisan Semalam
Ismail Othman

Harga: RM 16.00
ISBN: 978-983-124-634-4
Halaman: ~384
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 18 Jan 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

USIA remajanya dilalui dengan azam dan tekad bagi menghadapi cabaran dan pengorbanan. Segala titik peluh Ismail gugur demi merencana kerjaya pada masa depan, untuk menjadi pendidik pilihan yang diharapkan. Sebagai pendidik, bidang pendidikan yang terbentang luas menguji ketahanannya menerusi dugaan yang bukan sedikit - daripada pelajar, ibu bapa, guru-guru dan orang ramai hingga semua peringkat persekolahan.

Senario yang dilukiskan sepanjang perjalanan menjadi gambaran kepada suatu pengalaman yang penuh dengan mesej. Kisah hidup penuh berliku ini lahir daripada coretan peribadi. Gumpalan anekdot-anekdot untuk direnungi. Adakah dia berjaya mencapai visi dan misinya? Adakah dia berjaya menghadapi permasalahan yang dibentangkan? Dia percaya langkah pilihannya ini ditakdirkan TUHAN.

Warkah Dari Sukma

Warkah Dari Sukma
Samsiah Mohd Noor

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-614-6
Halaman: ~512
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 20 Jan 2011
Kategori: Novel


Sinopsis


IMPIAN Kasmira untuk hidup bersama dengan Taufik hancur. Halangan daripada ibu lelaki itu membuatkan dia diserang tanda tanya. Mengapa ibu Taufik tiba-tiba sahaja membencinya? Menjadikannya musuh tanpa sebab yang pasti? Hidupnya lebih tertekan apabila Taufik sendiri mengikut kehendak ibunya.

Patah hati menyebabkan Kasmira mengubah haluan hidup. Kembaranya berterusan. Mengenali Pak Mus memberinya ruang dan peluang untuk meneroka lebih jauh tentang makna manusia dan kemanusiaan. Di lautan kayu jati di Jepara, Indonesia itu, dia bertemu Zaroff – pemuda kacak kacukan Indonesia dan Belanda. Pertemuan itu meskipun tidak dirancang tetapi menjadi kunci untuk membuka segala persoalan yang menyelimuti Kasmira selama ini. Rahsia apakah yang melingkari keluarga mereka hingga satu demi satu warga rumah pusaka itu mendapat padah?

Juara Carta Cinta

Juara Carta Cinta
Lyn Dayana

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-632-0
Halaman: ~512
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 28 Jan 2011

Sinopsis

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

Monday, February 7, 2011

Koleksi Buku Muhammad Alexander


Yakjuj & Makjuj
RM31.50

Armagedon 2012
RM31.50

Alexander Adalah Zulqarnain
RM35.00