Pages

Friday, April 22, 2011

Cinta Akan Indah

Cinta Akan Indah
Rini Syanira

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-611-5
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 22 Dis 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.


Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.

Friday, April 15, 2011

Rindu Di Awan Biru

Rindu Di Awan Biru
Meen Zulaikha

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-625-2
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 5 Jan 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.


Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Kau Pertama Aku Kedua

Kau Pertama Aku Kedua
Fitri Hussin

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-619-1
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 7 Jan 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

ZAMAN remaja yang penuh gelora mengundang hati yang naif mudah terpesona dengan sihir dunia. Zamri dan rakan-rakannya cuba berdepan dengan segala tekanan menerusi cara mereka sendiri. Mereka berlima mencari keseronokan luar yang membinasakan untuk melupai masalah masingmasing. Disayangi jika cemerlang dan disisih jika gagal. Duduk seharian di sekolah digantikan dengan berpeleseran di jalanan. Lantas, segala macam gejala sosial menjadi mainan hidup.

Saat SPM semakin hampir, suatu cahaya menembusi gua milik Zamri yang semakin dalam. Norin yang selama ini langsung tidak dihiraukan tiba-tiba menghulurkan bantuan. Sedikit demi sedikit hatinya yang kelabu ingin sahaja disucikan kembali. Mampukah Zamri keluar dari lembah buas, hanyir dan menggerunkan itu, sedangkan dunia enggan melepaskannya? Mungkin Norin adalah penawar mujarab yang mampu memutihkan titik-titik noda yang sudah melekat di hatinya.

Nyanyian Syahdu

Nyanyian Syahdu
Weeda Airiza

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-647-4
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 31 Jan 2011
Kategori: Novel



Sinopsis

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?

Berjuta Warna Pelangi

Berjuta Warna Pelangi
Iris Ixora


Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-671-9
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 3 Mac 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?


Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.


Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?