Pages

Friday, March 18, 2011

Adab Malam Pengantin

Adab Malam Pengantin
Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi

Harga : Semenanjung RM12.00 / Sabah & Sarawak RM14.00
ISBN :
978-967-388-013-3
Bahasa Melayu

Sinopsis

Pengantin adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat Islam. Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatamkan ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

Keluarkan Singa Daripada Diri Anda

Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Hj Muhammad Zakaria

Harga: Semenanjung M'sia : RM20.00 / Sabah & S'wak : RM22.00
ISBN: 978-983-3494-47-1
Bahasa: Bahasa Melayu

Buku ini merupakan sebuah buku yang paling mudah dibaca berikutan konsepnya yang sangat santai tetapi masih menepati matlamat buku ini diterbitkan iaitu memberi panduan kepada pembaca bagaimana kaedah untuk menggunakan segala potensi diri ke tahap yang paling maksimum. Ia sangat sesuai buat mereka yang ingin bangun dari kegagalan masa lampau, ataupun mereka yang berniat untuk berjaya pada masa hadapan. Ia sangat sesuai dijadikan hadiah kepada anak-anak mahupun pelajar bagi meningkatkan motivasi diri. Grafik serta gambar yang menarik menjadikan buku ini tidak bosan untuk dibaca.

Solat Berjemaah

Solat Berjemaah
Ustaz Mohammad Subki & Ustaz Abdul Rahman Al-Hafiz

Harga: Semenanjung M'sia : RM26.00 / Sabah & S'wak : RM28.00
ISBN: 978-967-388-006-5
Bahasa: Bahasa Melayu

Sinopsis

Buku ini menjelaskan secara terperinci mengenai solat berjemaah dari sudut hukum serta kaedah pelaksanaan sehinggalah ke hikmah serta fadilat yang bakal diperolehi oleh pelaksananya, menurut mazhab Syafie.

Ia diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul dana pembangunan dan dana pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di maahad tahfiz ialah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

Andai Kau Jodohku

Andai Kau Jodohku
Liza Zahira

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-589-7
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!

Akan Ku Tunggu

Akan Ku Tunggu
Sania Yasmin

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-607-8
Halaman: ~525
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 13 Nov 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Cinta Segi Lima

Cinta Segi Lima
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-533-0
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 21 Apr 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

CINTA seorang lelaki kepada seorang wanita sukar untuk ditafsirkan oleh akal. Perasaan kasih dan sayangnya jarang diluahkan secara zahir, namun sebenarnya ia sentiasa mekar dan luhur. Jamjuri tahu Jainiah, wanita yang menjadi suri hidupnya menyimpan rasa curiga. Sejujurnya, dia ingin wanita itu yakin dengan cintanya, namun isterinya seakan tidak memahami.

Setiap kali Jamjuri memandang kembali kejayaan yang dikecapi nya, dia sering tertanya-tanya. Berbaloikah semua ini? Ramai orang di luar sana menjadikannya idola, tetapi insan tersayang mula menjauhi.


Tanpa pengetahuan sesiapa, setiap langkah Jamjuri di susuri ekor mata seseorang yang merencana komplot jahat untuk mencairkan empayar cinta milik Jamjuri. Tetapi, tidak semudah itu dia mengalah. Aura jahat yang mahu menggugat cinta suci Jamjuri ini akan ditepis dengan idea bijaksana dan sifat keikhlasannya.

Cinta Edisi Terhad

Cinta Edisi Terhad
Lyn Dayana

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-526-2
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 7 Apr 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.

Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.


Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!


Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.


Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.


Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?

Anugerah Cinta

Anugerah Cinta
Nurmi Syakimi

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-510-1
Halaman: ~512
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 7 Apr 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.

Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.


Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.


Yang Mana Satu

Yang Mana Satu
Emma Maizura

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-667-2
Halaman: ~544
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Mac 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Koleksi Telaga Biru

Sila Klik Pada Gambar Untuk Maklumat Selanjutnya.



Thursday, March 17, 2011

Thursday, March 10, 2011

Diari Hamil

Diari Hamil
1. Khairun Nisak Zakaria
2. Muhd Mawardi Zakaria
3. Khulwana Hanapi


Harga : Semunanjung RM26.00 / Sabah /S'wak RM28.00
SBN: 978-967-388-010-2

Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.

Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.

Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.

Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.