Pages

Wednesday, May 18, 2011

Renung-Renungkan & Selamat Beramal

Renung-Renungkan & Selamat Beramal
Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Prof Izzi)

Harga: RM 23.00
ISBN: 978-967-388-011-9
Bahasa: Bahasa Melayu

Sinopsis :

Buku ini adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya. Sasaran kata-kata motivasi ini ialah semua yang sudi membaca dan menghayatinya. Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi soal ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, cinta, hiburan, alam akhirat, kekeluargaan, kemasyarakatan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, iktibar dan sejarah. Anda mesti memiliki buku ini kerana ianya merupakan rujukan segera (quick reference) yang amat bermanfaat untuk bacaan senggang dan bahan tazkirah, nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan.

Haramkah Rokok?

Haramkah Rokok?
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Harga: RM 12.00
ISBN: 978-967-388-31-7
Bahasa: Bahasa Melayu

Sinopsis :

Dalam Siri Kajian Hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam. Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contohnya, di Malaysia, apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21% pada 1985 kepada 31% pada tahun 2000. Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya, Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada me reka menghisap rokok hampir 10 batang sehari. Laporan ini juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion. Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.